Notis Privasi

Updated on August 12, 2021

Kasih AP Gold Sdn Bhd (KAP Gold) ingin memaklumkan bahawa laman web serta aplikasi yang digunakan ada mengumpul beberapa maklumat sepanjang keberadaan pengguna atau pelawat. Maklumat yang di kumpul adalah dalam bentuk di bawah:

Media

Sekiranya pengguna ada memuat naik bahan-bahan seperti gambar ataupun sebarang bentuk, ianya akan tersimpan di dalam storan KAP Gold.

Cookies

Cookies adalah bentuk data yang tersimpan pada pelayar internet pengguna yang mengandungi beberapa data seperti nama, alamat email dan sebagainya yang bertujuan sebagai simpanan sementara bagi memudahkan log masuk pada masa hadapan. Kebiasaannya cookies disimpan dalam sesuatu tempoh masa tertentu.

Data-data berikut kebiasaannya digunakan untuk tujuan statistik. KAP Gold tidak akan berkongsi data tersebut kecuali hanya untuk tujuan analisis dan statistik.