Beli emas dengan duit lebihan bukan pinjaman.

Emas sesuai dijadikan simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 3 tahun dan ke atas. Selain nilainya terjamin, ini antara kelebihan menyimpan emas:

  1. Tidak Terkesan Dengan Inflasi, Ketidakstabilan Ekonomi / Politik
    Keiteria pemilihan emas.
  2. Duit simpanan tak bocor (Kalis Boros)
  3. Jumlah Simpanan Berganda Dengan Cepat (Magnet Kekayaan)
  4. Diterima Seluruh Dunia dan Mudah Dibawa
  5. Mudah Diwariskan jika berlaku kematian

Kelebihan lain adalah

  1. Harga rendah
  2. Spread nipis
  3. Stok tiada had
  4. Cawangan jual beli banyak
  5. Syarat jual balik tak cerewet.

Senangkan banyaknya kelebihan simpanan emas sangat mudah. Cuma mahu dimulakan sahaja dan jadikan tabiat.

Ia tidak mudah, tidak juga sukar.

Tanya diri sendiri, apa tujuan simpanan?

Jika untuk masa depan, maka inilah yang terbaik.

Tiada satu pun di dunia ini, dijamin. Semua ada risiko. Cuma dengan emas, risiko ini berkurangan. Apa Yang Kita simpan, itulah nilai yang akan bersama kita.

Bila perlu, emas boleh digadai atau dijual. Ikutlah di mana. Di zaman serba modern ini, kawan sebelah pun ada yang membeli emas.

Yang penting tanya diri sendiri. Apa tujuan simpanan emas. Jawapan itulah yang akan menentukan ia akan jadi tabiat tau sekadar hanya beli dan jual emas.

Pilihan dibtangan kita.

Mahu untung atau hanya buat kerja sia-sia.

Saya sendiri pernah melakukan eksperimen peribadi. Beli 1 gram dan lupakan. 5 tahun selepas itu saya terfikir untuk menjualnya. 1 gram itu untungnya 100%!

Bayangkan jika saya mempunyai 2 gram atau 1 kilo emas?

Maka disitulah keuntungan sebenar. Bukan saya buat apa pun. Saya biar je. Masih dapat untung!

Saya dah buktikan pada diri sendiri tabiat kecil itu pun mengubtungkan.

Jadi, saya mula mengumpul. Mula dengan satu gram, beli, kumpul. Beli dan lupakan. Saya tak tengok harga pun. Nak beli saya beli.

Ini kerana saya percaya, demi masa, saya pasti untung.

Jadi, mahu soal apa lagi?

Zamzuri Abd Malik
Penyimpan Emas.