Zaman Nabi Muhammad SAW. satu dinar (4.25 gram)!boleh digunakan untuk membeli seekor kambing. Hari ini harga satu dinar masih mampu membeli seekor kambing. Kuasa beli bertahan walaupun selepas 1400 tahun!

Berbeza dengan duit kertas, waktu sekolah dulu Kita dibekalkan dengan 50 Sen dan ini mampu membuatkan budak sekolah kenyang. Sekarang? 50 sen dapat karipap satu!

Kuasa beli emas jauh lebih kukuh berbanding duit kertas.

Ini sahaja boleh buat kita mempersoalkan nilai Wang kertas kan?

Emas adalah satu satunya aset kewangan yang nilainya sekali kali menjadi kosong, tidak ada tarikh luput dan tidak boleh dimusnahkan sama sekali.

Keistimewaan emas

  1. Nilai terjamin dalam jangka panjang.
  2. Senang ditukar kepada tunai.
  3. Aset fizikal mampu milik.
  4. Kejayaan dalam tangan kita.
  5. Aset mudah alih.
  6. Tiada siapa yang tahu. Orang bankrap pun boleh simpan emas. Tiada siapa yang boleh ambil dan bekukan simpanan.

Pilih, mahu simpan duit yang nilainya merosot, atau emas yang nilainya lebih stabil.

Dipetik dari buku Wang Emas tulisan Mohd Zulkifli Shafie.

Tabiat menyimpan emas sudah dicanangkan kepada kita semua sejak sekian lama. Malah beberapa jenama seperti Public Gold, Ar Rahnu dan Quantum Metal sangat popular di Malaysia.

Yang penting, emas adalah simpanan, bukan pelaburan.

Ia perlu jadi tabiat sepertimana Kita menyimpan wang. Bagusnya tiada susut nilai. Hanya untungnya tinggi atau rendah.

Simpan untuk masa depan. Bukan beli Hari ini dang mengharapkan untung esok.

Jadikan ia tabiat.

Barulah boleh dinikmati hasilnya.

Zamzuri Abd Malik
Penyimpan Emas.